Monday, October 21, 2013

Menepis dan merawat ilmu sihir

Ini adalah panduan yang diberikan oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz  Sekiranya ada yang menghantar ilmu sihir, atau ada jin menumpang, maka disarankan membaca Surah Hud ayat 56 sekali setiap kali lepas solat.

Kita disarankan juga mengamalkan membaca surah Al-Baqarah dalam rumah. Menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk juga sangat elok diamalkan. Kalau tak mampu membaca kerana tidak pandai membaca, takut tersalah dari segi Tajwid eloklah minta bantuan pelajar Tahfiz. Kalau tak mampu juga (ini saranan saya) mainkan CD al-Quran.

Untuk mengelakkan sihir pula, amalkan membaca surah al'Araf ayat 13.

Antara tanda-tanda ada gangguan jin.

1. Sakit yang tidak dapat didiagnose oleh doktor perubatan
2. Badan terasa lemah
3. Malas beribadat
4. Bergaduh suami isteri
5. Berubah sifat/perangai
6. Terdengar bisikan
7. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
8. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
9. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
10. Mimpi yang sangat menyeramkan.
11. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
12. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
13. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
14. Berperasaan sedih pada saat tidur.
15. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
16. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
17. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
18. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
19. Bermimpi melihat hantu.

20. Terdengar bunyi-bunyi aneh dalam rumah/bangunan
21. Was-was
22. Suka berlama-lama dalam bilik air
23. Takut berjumpa dengan orang

No comments:

Post a Comment