Wednesday, January 22, 2014

Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat

Seorang ustaz perlu menguruskan jenazah seorang pemuda pada pukul 3 pagi dan bermulalah kisah seram. Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kisah Seram Di Bilik Mayat | Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.

Sunday, January 19, 2014

PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR

"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. 

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala. 

Kisah Penyesalan Seorang Isteri Curang

Seorang isteri telah berlaku curang kepada suaminya yang baik hati akibat keluarga si isteri yang tidak merestui hubungan mereka berdua.



Gambar hiasan: Carilah isteri yang beriman dan sejuk mata memandang. Kalau dapat yang cantik tu bonus.
Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.

Thursday, January 16, 2014

Kerana Selembar Bulu Mata, Kita Ke Syurga

Assalamualaikum,
Semoga kisah ini memberi iktibar dan kesedaran kepada kita yang banyak
dosa ini... Selembar Bulu Mata…Diceritakan di Hari Pembalasan kelak,
ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah,
mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi dia
berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.
Saya tidak melakukan semua itu.""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau
betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab
malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap
penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg
sedang berdiri.

Tuesday, January 14, 2014

Kisah Lima Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

Kenapa Muka Berjerawat

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang melakukan ini. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Cara Menghilangkan Parut Jerawat

Anda tercari-cari bagaimana caranya untuk meghilangkan parut jerawatyang terdapat di muka? Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling? Usah risau. Disini disertakan petua untuk menghilangkan masalah parut jerawatyang anda dialami.
Antara petua yang dapat dikongsikan disini ialah:

Sunday, January 12, 2014

Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat?

Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat?



Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat? | Bagi pasangan suami-isteri, terutama pihak suami, malam Jumaat itu “keramat”. Sebabnya tentu saja, kerana ada anjuran [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] untuk berjima’ di malam ini. Dalam sunnah, ada kewajiban. Dalam kewajiban ada sunnah. Sungguh indah Islam! Lebih dari itu, dalam kewajiban dan sunnah tersebut, ada kenikmatan syahwat dunia yang halal. Halal, tentu berarti berpahala.

Seram! Kisah Benar Ustaz Melihat Jin Jilat Air Mayat

Seram! Kisah Benar Ustaz Melihat Jin Jilat Air Mayat | Sebagai seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.Melayukini.net ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air mandianmayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. Apakah sebenarnya yang terjadi?

Friday, January 3, 2014

Ibu Tikam Bayi Baru Lahir, Buang Dalam Semak (Kejam!)

Seorang ibu sanggup menikam bayi yang baru dilahirkannya dan kemudiannya membuang bayi tersebut ke dalam semak berhampiran akibat melahirkan anak luar nikah.
Ibu Tikam Bayi Baru Lahir, Buang Dalam Semak (Kejam!) | Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak. Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, .

Thursday, January 2, 2014

Kisah Seram Ustaz Dan Isteri Derhaka

Seorang ustaz telah didatangi oleh teman lamanya dan terungkaplah kisah seram seorang isteri derhaka. Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua.
Kisah Seram Ustaz Dan Isteri Derhaka – Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani 
Kisah terbaru ini pula diceritakan oleh Ustaz Nahrawi (bukan nama sebenar) tentang kisah isteri derhaka seorang rakannya yang bernama Arifin (bukan nama sebenar). Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..

Cerpen – Kisah Aiman Suami Insaf (Sedih!)

Kisah ini mengenai seorang suami yang bernama Aiman yang insaf selepas berkahwin dengan seorang ustazah. Memang sangat sedih. Airmata boleh mengalir.
Cerpen – Kisah Aiman Suami Insaf (Sedih!) | Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu …solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci

Seorang pramugari yang juga seorang isteri telah berbuat derhaka kepada suaminya lalu ketika dia berada di Mekah untuk tunaikan haji, dia telah diuji dan ditunjuk oleh Allah. Mari kita baca kisahnya.
Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci | Kisah benar ini telah diceritakan oleh seorang pengurus jemaah haji dan umrah, ketika peristiwa itu umur beliau dalam lingkungan 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar. Kebetulan ketika itu beliau balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Ibu Tanam Bayi Hidup-Hidup di Tampin (Kejam!)

Seorang perempuan ditahan polis kerana disyaki membuang dan menanam seorang bayi lelaki di Tampin tidak lama selepas bayi dilahirkan.

STATUS kesihatan seorang ibu yang mencurigakan ketika dia menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM) membawa kepada penahanan wanita itu kerana disyaki menanam mayat bayi lelakinya yang lahir tidak cukup bulan di kawasan semak sekitar Jalan Batu Belang, dekat sini.

Wednesday, January 1, 2014

Betul Ke Setiap Couples Mesti Cantik Dan Hensem?

Kawan aku pernah cakap kat aku. "Weh, cuba tengok couple tu. Awek dia cun giler, tapi pakwe dia tak macho langsung." Then ada satu masa lagi dia cakap "Tengok couple tu, pakwe dia macho dan style, awek dia biasa je.." Hmm... inilah first impression yang orang akan fikir bila nampak dua pasangan yang pada fikiran mereka nampak tak secocok untuk bersama.

Wanita Bekas Pelajar Kolej Islam Klang Di Dakwa Murtad?

wanita-murtad
NEW YORK: Seorang wanita Islam Malaysia menyangkal sebagai fitnah dakwaan kononnya beliau menganut agama Kristian seperti yang terkandung dalam sebuah artikel yang tersebar luas di laman sosial.
Adila Hussin McGhee, 43, berkata: “Saya masih seorang Islam, saya masih percaya dengan Allah Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad s.a.w.

Pilihlah Yang Paling Cantik

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini...

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?