Wednesday, January 22, 2014

Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat

Seorang ustaz perlu menguruskan jenazah seorang pemuda pada pukul 3 pagi dan bermulalah kisah seram. Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kisah Seram Di Bilik Mayat | Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.

Sunday, January 19, 2014

PENGALAMAN NGERI SEORANG PENGGALI KUBUR

"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. 

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala. 

Kisah Penyesalan Seorang Isteri Curang

Seorang isteri telah berlaku curang kepada suaminya yang baik hati akibat keluarga si isteri yang tidak merestui hubungan mereka berdua.



Gambar hiasan: Carilah isteri yang beriman dan sejuk mata memandang. Kalau dapat yang cantik tu bonus.
Benarlah kata pepatah, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Kali ini dipaparkan kisah seorang ibu tunggal yang menyesal tak sudah dengan perbuatan menduakan suaminya. Lebih membuatkan dia berasa tertekan kerana dia tidak akan dapat kembali lagi ke pangkuan bekas suami yang masih disayangi kerana talak sudah tiga kali dilafazkan.

Thursday, January 16, 2014

Kerana Selembar Bulu Mata, Kita Ke Syurga

Assalamualaikum,
Semoga kisah ini memberi iktibar dan kesedaran kepada kita yang banyak
dosa ini... Selembar Bulu Mata…Diceritakan di Hari Pembalasan kelak,
ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah,
mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi dia
berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.
Saya tidak melakukan semua itu.""Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau
betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab
malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap
penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg
sedang berdiri.

Tuesday, January 14, 2014

Kisah Lima Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”

Kenapa Muka Berjerawat

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang melakukan ini. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Cara Menghilangkan Parut Jerawat

Anda tercari-cari bagaimana caranya untuk meghilangkan parut jerawatyang terdapat di muka? Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling? Usah risau. Disini disertakan petua untuk menghilangkan masalah parut jerawatyang anda dialami.
Antara petua yang dapat dikongsikan disini ialah: